Dinasti Umayyah Kekhalifahan Cordoba

Kenaikan

Abdul Rahman I menjadi Amir Cordoba pada tahun 756 M selepas enam tahun tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik pada tahun 750. Lahir di Damsyik, beliau menyeludup ke Sepanyol selepas khalifah terakhir Umayyah Marwan bin Muhammad ditewaskan tentera Abbasiyyah. Untuk mengekalkan kuasanya, beliau telah menewaskan pemerintah Islam Abbasiyah yang menentang pengaruh Umayyah dan menyatukan beberapa kawasan.

Pemimpin wilayah terus menggunakan gelaran amir atau sultan sehinggalah pada abad ke 10, apabila Abdul Rahman III menghadapi ancaman penaklukan daripada kerajaan Fatimiyah di Kaherah. Untuk membantunya di dalam usaha menentang kerajaan Fatimiyah yang menubuhkan Khilafah di utara Afrika, Abdul Rahman III telah memakai gelaran khalifah. Gelaran ini membolehkan beliau memperoleh kekuatan dan gelaran ini dikekalkan walaupun kerajaan Fatimiyah telah ditewaskan.

Kejayaan

Kekhalifahan Cordoba telah menikmati tempoh kejayaan sepanjang kurun ke-10 M. Abd-ar-Rahman III telah menyatukan al-Andalus dan mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Kristian di utara secara paksaan dan diplomasi. Abd-ar-Rahman berjaya menghalang pengaruh Fatimiyah daripada merebak ke tanah khilafah di Morocco dan al-Andalus. Tempoh kejayaan ini ditandakan dengan wujudnya hubungan diplomatik dengan puak Afrika Utara, kerajaan Kristian di utara, Perancis dan German serta kerajaan Byzantine. Kematian Abdul-ar-Rahman III menyebabkan puteranya Al-Hakam II yang berumur 46 tahun ketika itu menjadi khalifah. Al-Hakam II meneruskan polisi ayahandanya serta meneruskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Kristian di utara dan puak puak di Afrika. Al-Hakam II banyak bergantung kepada para penasihatnya kerana kejayaan sebelumnya di bawah Abd-ar-Rahman III membolehkan beliau membiarkan kekhalifahan berjalan dengan sendiri. Gaya kepimpinan ini sesuai dengan al-Hakam II kerana beliau lebih berminat dengan perkembangan ilmu pengetahuan berbanding memerintah kekhalifahan.

Kejatuhan

Kematian al-Hakam II pada tahun 976 menandakan bermulanya zaman kejatuhan Khilafah Cordoba di al-Andalus. Sebelum kematiannya Al-Hakam II telah menamakan puteranya Hisham II yang berusia 10 tahun ketika itu sebagai penggantinya. Walaupun Hisham II masih muda, Al-Mansur ibn Abi al-Aamir (ketua pentadbir kerajaan Umaiyah) telah mengisytiharkan beliau sebagai khalifah. Ibn Al-Aamir menjadi pemangku Hisham II sehingga beliau boleh memerintah sendiri. Oleh itu beliau mengasingkan Hisham II di Cordoba sementara cuba menyingkirkan lawannya. Beliau membenarkan orang Barbar dari Afrika Utara berhijrah ke Andalus untuk mengukuhkan kedudukannya. Ibn al-Amir memerintah dengan kejam jika dibandingkan dengan Abd-ar-Rahman III. Beliau tidak malu menggunakan paksaan untuk memastikan orang-orang Kristian dalam pemeriksaan. Ibn al-Aamir dan penggantinya yang juga anaknya, Abd al-Malik (al-Muzaffar), meneruskan pemegangan kuasa daripada Hisham II sehingga tahun 1008 apabila al-Muzaffar meninggal dunia dan adiknya Abdul al-Rahman mendesak untuk menjadi pengganti kepada Khalifah Hisham II tetapi Hisham II enggan. Di utara Iberia, satu pemberontakan berlaku di seluruh Cordoba. Abd al-Rahman tidak dapat memadamkan pemberontakan tersebut.

Keputusan untuk menamakan Hisham II sebagai khalifah telah memindahkan kuasanya dari individu kepada para penasihat. Gelaran khalifah hanya menjadi simbol dan tidak mempunyai sebarang kuasa. Jawatan khalifah sentiasa menjadi rebutan. Khalifah kerajaan Umayyah yang terakhir di Andalus ialah Hisham III (1027-1031). Dengan beberapa pecahan, Khilafah Cordoba akhirnya tumbang pada tahun 1031 dan berpecah kepada beberapa buah kerajaan yang berasingan.